SEBUAH kedukaan SEBUAH kemanisan…..

MUSLIH.. Nama yang mempunyai signifikannya yang tersendiri...


Biarlah ia menjadi memori pada sebuah makna nama. Hari ini sudah tiba masa

yang ditunggu-tunggu..dirinya akan menjadi perhatian ramai para tetamu. Ibunya telah berpesan

berulang-ulang kali agar mempersiapkan diri dengan sebaiknya agar majlis pada hari itu berjalan dengan baik.

Peristiwa malam tadi cukup menyentap hatinya. Mana mungkin dia mampu melupakan. Perkara yang dianggap

kecil, tapi cukup besar pada hati muslih. Kemarahannya harus ditahan demi menjaga hati-hati insan

sekeliling. Air mata bagai hujan yang tak mahu berhenti. Namun kata-kata kakaknya membuatkan hatinya

sedikit tenang. Sabarlah wahai hati. Hidayah milik Allah.. Ya,milik Allah! Tetapi hati muslih masih berbaki rasa

kecewa dan marah. Walaupun dirinya masih kurang ilmu agama, namun perkara seperti itu cukup menyentap

naluri hatinya yang bergelar seorang islam.. Ya! aku seorang islam! Dirinya telah berusaha….


“Ya, Allah kerdilnya diri ini..aku tak mampu mengubahnya. Namun aku telah berusaha untuk mengatasi..” Tangisnya sendirian..bertemankan pelukan sebuah “surat cinta”


Pagi ini muslih ditemani oleh anak saudaraku, anis. Cukup comel wajah anis apabila mengenakan tudung dan

baju kurung berwarna ungu. Para tetamu mula memenuhi ruang didalam rumah. Ruang rumah menjadi luas

lantaran kerusi-kerusi di bahagian ruang tamu telah dipindahkan dan diletakkan di bahagian anjung rumah.

Awal-awal pagi ibu sudah membunyikan semboyannya mengarahkan aku untuk mandi dengan segera kerana

majlis akan bermula dalam 2 jam lagi. Yes bos! I go now….aku turuti arahan ibuku.


Belum pun majlis bermula, terlihat seorang pak cik meletakkan dua buah mikrofon. Diperincikan dengan

sebaikknya mikrofon tersebut. Haisyh! Pak cik ni semangat sungguh. Makanya, akan berkumandanglah suara

aku memenuhi ruang rumah juga kawasan luar. Ahh!!! Tidaak!!! Sungguh mengharubirukan suasana. Nak

ditolak, dah tersedia. Emmm, jalan je la labu…


Aku dan anis dikelilingi oleh makcik-makcik, guru mengajiku dan seorang ustazah sekolah agama. Bermula

dengan bacaan aku dan diselangselikan dengan anis. Tepat waktunya, maka berakhirlah majlis khatam

al-quran pada hari tersebut. Alhamdulillah…cukup-cukup terharu dan berdebar bila guruku mangarahkan aku

membaca sendiri doa khatam. Katanya , akan lebih berkat..Sekali lagi perintah kedua aku turuti. Apa-apapun,

lega rasanya segalanya berjalan dengan teratur.Akhir majlis khatam quran dan marhaban, kami bersalam-

salaman. Tiba-tiba….


“Tahniah ye pengantin….”


“Selamat pengantin baru”


“Hah!!” Glup! Tindakan spontan muslih menarik perhatian suara yang bertanya…


“Bukan saya”


“owh….ingatkan awak takdi yang kawin..emm.tak lama lagi la tu”….adoisyh! ..haisyhh mak cik ni…muka macam

budak-budak ni boleh ditekanya pengantin…Muslih hanya tersenyum..Dia sedar, banyak peringkat lagi perlu

dilalui..ape-ape pun, dia berterima kasih atas doa makcik-makcik tersebut..


Walaupun peristiwa itu sudah berlalu, tapi ia tetap memberi impak maksima pada hati yang melalui…..


‘kedukaan semalam tak mampu dilindungi oleh senyuman sebuah kegembiraaan dan kemanisan hari ini ’


0 Response to "SEBUAH kedukaan SEBUAH kemanisan….."

Post a Comment