Tiada siapa mampu Mengubahnya

"Bas berkeadaan baik dan diselenggara dengan baik. Bas itu juga dikunci had kelajuannnya pada 97 kilometer sejam dengan menggunakan alat khas 'speed limiter',"

"Siasatan kami juga mendapati kelajuan bas yang dirakamkan sebelum kemalangan adalah 91 km sejam,"

Itulah bait2 ayat yang tertera di dalam akhbar berita harian oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sani Express Sdn Bhd , Abu Bakar Mohammad...

apa y boleh kututurkan hanyalah "sebesar mana sekalipun perancangan manusia tetap tidak dapat melawan perancangan Allah...besarnya Allah, sedangkan kita...kerdilnya kita yang bernama hamba Allah ini..."
"tiada siapa mampu melawan ketentuan Allah...moga doa sentiasa menjadi senjata kita untuk mendekatkan diri kepada Allah rabbul izzati..."

kukirimkan foto2 yang begitu trajis yang melanda umat manusia...






Aku Terima Lamarannya

"Home sweet home Afzan"

Tulah bait2 yang dihantar kepdaku menerusi msj pagi tadi...x tau nak gambarkan macam mana perasaan ni dapat balik semula k Afzan.tempat y ak sngat sayang...kat situlah bermulanya tarbiah bagiku..Walaupun, ada sesetengah teman y tidak mnyenangi tempat ini..tapi bagiku ia sebaliknya. mana mungkin ak boleh melupakan saat indah aku dilamar untuk mandapat "sesuatu" yang baru bagi diriku...

ingatkan akhir bulan ni.lenyaplah langkah kakiku k afzan lagi...namun,kalu takdirnya bumi afzan tu tempat tuk ak meneruskah misi sebagai peraih cinta ilahi...'aku terima lamaran" itu...

Jujurnya ak terlalu mnyayangi afzan...hati rasa berbelah bagi nak pindah..sekejab rasa nak pindah, sekejab rasa x nak pindah...namun Allah maha mengetahui segalanya..

Semoga ak dapat memulakan degree dngan baik di bumi afzan...kalu dulu, rasa rindu mencucuk2 nak menjejekkan kaki ke Muttakin...tapi kesempatan tu hanya seketika..

kali ni Allah beri lagi diriku kesempatan tuk menjejakkan kaki ke As-syafie walaupun tiada lagi tukku muttaqin..muttaqin sentiasa di hati...

walaupun xda surat lagi..tapi keyakinan tuk kembali ke Afzan amat tinggi..."aku terima lamaranmu" kembali...

semoga bumi afzan dilimpahi barakah...

Nama-nama yang takkan kulupakan..

Hari ini, aku ingin memikirkan tentang diri sendiri..

Menilai kembali, dalam diri dan hati, akan insan-insan yang namanya tertulis di dalam buku kehidupanku..

Nama-nama yang kini sudah lama tidak kuhubungi dan juga nama-nama mereka yang dekat dihatiku apabila aku aku memerlukan..

Aku ingin membuka setiap lembaran buku kehidupanku dan mengingati nama-nama yang penting di zaman kanak-kanak, zaman remajaku dan juga mereka yang kini sudah lama tidak ku temui dan juga mereka yang ku temui semenjak terbit matahari hinggalah terbenamnya matahari..

Nama-nama mereka yang sentiasa disampingku di masa sukarku dan juga insan yang turut berkongsi kegembiraan bersamaku..

Nama-nama yang telahku lukai dan mereka yang banyak mengalirkan airmataku..

Mereka yang banyak memberiku pengajaran dan mungkin yang pernah mengambil pengajaran dariku..

Nama-nama insan yang kini adalah sebahagian dari kewujudanku..

Mereka yang sudah tidak lagi wujud di alam nyata, namun sentiasa ada di dalam setiap doaku, dan juga nama-nama yang hadir dalam kehidupanku untuk hanya sementara waktu dan kini telah meneruskan perjalanan mereka yang kini namanya terukir di hatiku...

Aku sangat hargai insan-insan yang pernah menemaniku di saat dukaku dan di saat sepiku..

Insan yang sentiasa memberiku semangat dan menjadi pendengar yang setia di kala aku hilang arah

Persahabatan sejati umpama penyatuan hati-hati, perkongsiaan masa suka dan duka. Persahabatan adalah tentang kebolehan merasai apa yang sahabat kita rasai. Ia tidak punya masa, umur, warna atau jantina. Ia tidak punya sempadan. Ianya adalah tentang sifat kaya hati dalam menerima kelemahan sahabat serta menambahkan kelebihan sahabat..

Sepanjang menyelusuri lembaran kehidupanku ini, aku mengimpikan tiap duri bertukar menjadi hamparan mawar nan indah..

Tiap titisan airmata bertukar menjadi senyuman dan dakapan kasih sayang, serta merubah malam yang gelap pekat kepada cahaya...

Menukar tiap saat yang perit kepada perasaan yang mendamaikan serta sangat menyenangkan...

Aku sangat bersyukur kerana dikau telah mengizinkanku menjadikan dirimu sebahagian daripada kisah kehidupanku dan harapanku moga aku juga begitu dalam kehidupanmu...

Bersahabat adalah suatu rahmat...

Memiliki sahabat adalah suatu kurniaan..

Menjadi sahabatmu serta mempunyai sahabat sepertimu merupakan suatu penghormatan..

Akhir kata maafkanlah setiap ketelanjuran kata dan perbuatan..

Semoga ukhwah yg kita bina akan menjadi satu tenaga kekuatan dalam menyambung perjuangan Rasulullah..

Aku juga bersyukur untuk tiap nama yang terkesan hatiku..

Sabarlah Wahai Hati

"tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai seuatu, padahalitu tidak baik bagimu.Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui"
al-baqarah:216

'muslih, aku nak kuar 3 hari.nak ikut orang masjid g berdakwah...cam 2 lah lebih kurang..'tu la permulaan ayat y diungkapkan padaku tatkala kami sedang berborak...tak dinafikan hamba Allah ni memang rapat nagn ak...'abah ko dah tau k ko nak ikut jemaah tu'ak menuturkan kata2 y menyebabkan mukanya gelisah...ak tau perkara tu lah y akan menghalang dia tuk keluar nanti...'tah la, nanti ak g tau dulu'...ape2 nak buat jangan belakangkan mak bapak..tu lah kata terakhir aku padanya...
Seperti y aku dah dapat agak..memang tak boleh pergi...sedihnya tak payah cakap lo..ak y tengok muka dia pun cam nak menitis air mata..emaknya dah bagi lampu hijau..tapi abahnya plak menghalang..masa hamba Allah ni minta izin nak pergi ari 2..abahnya kata tak payah pegi...tapi pas hamba Allah ni terkeluar satu ayat y amat berbisa(terlepas ckap..tapi bgus gak, ayat y menyedarkan abahnya..namun sebaliknya plak y berlaku..).abahnya cakap nak pegi, pegilah(dalam keadaan suara cam tak izinkan, sebenarnya)..kesian sungguh ak tengok hamba Allah ni..sanggup g jual kelapa semata2 nak mengikut jemaah ni berdakwah...duit tu dia nak gunakan tuk sara diri masa kat sana nanti..namun takdir Allah menetukan segalanya..kalu Allah x izinkan x boleh pegi gak walaupun doh usha cam mana sekalipun..Malam tu sebelum hamba Allah pergi mengikut jemaah masjid keesokan harinya..ak katakan padanya..."redha Allah terletak pada redha ibu bapa..mungkin ada hikmahnya ko tak leh pegi.."mukanya kelihatan begitu sayu...akhirnya dia mengambil keputusan tuk tak pergi mengikut jemaah tersebut..abahnya kelihatan begitu terkejut dengan keputusan yang dia ucapkan...

Terlalu banyak dugaan yang ditanggung hamba Allah ni..kuatnya hatimu...kata2 y dituturkan o abah kepadanya cukup berbisa...(aku y mendengar pun terkejut...abahnya tersalah paham sebenarnya dengan kata2 yang pernah dituturkan o hamba Allah ni..) kata2 tulah y sering digunakan o abahnya untuk memerli hamba Allah tu...
akhirnya kata2 perlian tu berlalu ditiup o angin...tiada lagi kata y menyakitkan hati tu selapas tarikh tu berlalu...alhamdulillah..

aku mula sedar bertapa pentingnya seorang ayah yang paham erti perjuangan...untuk berdakwah...semoga ada cahaya hidayah buatmu abahmu....sabarlah wahai hati pemilik "ikram muslimin"..ak akan sentiasa mendorong pejuangan mu...walaupun orang lain tidak mengendahkan usha murnimu untuk mentarbiah diri...takbir!!! Allahu akbar!!!

Salam perjuangan syabab!! "muslimat pemangkin muslimin bertaqwa"

Wira hatiku

"Biar kite bukak" kataku pd mak...takut2 kalu mak y tekan suiz x dak org nak pgang tangga tuk abah. takut kang abah jatuh.lantas ak bangun dari krusi kat ruang tamu n pi tekan suis lampu.
"buka...tutup...buka..tutup.." tu la ayat abah kat ak...nak tengok lampu 2 ok k tak, pas puas doh betulkan..tapi x elok2.mak ak hanya memandang abah wat kije..tiba2.."Muslih, betul k kamu tekan suis lampu 2, kang silap suis"kata mak memecah suasa tngah hari y panas..."betul la mak,kalu x caya..tengok la.."kataku..mak pun g tengok..rupa2...jeng2..betul lo ak tekan...hehe..mak do kalah..yahooo..hehe..ak snyum sumbing...tapi bkan tu y ak pikirkan..abah bgi2 cermat wat kije..setahu ak..barang2 lektrik kat umah ak x penah di hantar ke kedai tuk dibaiki..semenye abah betulkan sendiri..emmm...betul..mesin basuh automatik abah bela sendiri,lampu bela sendiri, tv yang ak letupkan pun bela sendiri(wah..cam ganas je, muslih ni kan..hehe..2 lo akibat org degil). berbalik pd cite..memang abah hebat walaupun bkan mekanik,enginear tetapi hanya seorang abah y kije as a settle (kot owang putihnya, melayunya, pene...roka..eja sendiri lah ye..hehe).emm..pasai kes lampu 2, abah g kedai beli ape tah, pas 2 baru ok...tapi 2 seme atas khendak Allah..
kat sini ak nak share moral valuenya...walaupun abah ak bkan orang terpelajar tapi dia orang y terhebat disisiku..x masuk u pun leh jadi mekanik tuk umah ak...moralnya jgn masuk u..hehe..main je..tuntutlah ilmu sehingga k liang lahad..ilmu tu penting, tapi mesti bersyariat..jangan penah kita belakangkan al-quran n sunnah..utamakan Allah tuk seme perkara...ak mula terfikir...kalu abah ak y x sek tinggi ni leh hebat baiki alat lektrik termasuk tandas umah ak(jgn x caye..heh)apatah lagi pencipta abah, pencipta kita..ALLAH....hebatnya Allah mencipta insan seperti abah..

Semoga abah akan terus menjadi wira hatiku yang sanggup bekorban tuk kami w/pun....... semoga hidayah n rahmat Allah mnyinari hidup abah

Buatmu Mujahidah Islam

Kekadang kita merasa lemah dan kepenatan melalui lorong ini,
Hujan panas silih berganti,
Namun tak semendung hati mereka yang mengerti erti perjuangan..
Bersabarlah hati,
hari ini kau diuji
Namun adakah Dia membiarkan dirimu berterusan begini
Allah rindukan tangis dan tawakalmu
kerana kita cuma hambanya yang seringkali melakukan khilaf
Tetapi...
Jangan pernah dalam hatimu merasa lemah dan berputus asa
kerana penguatMu Allah jua..
kepadaNya jualah kita berharap..

Perjalanan Seorang Da'ie

Salam a'laik.....alhamdulillah, muslih masih diofferkan diri dengan nikmat iman dan islam. Masih berkesempatan tuk memulakan perjalanan seorang da'ie di alam maya ni...hope2 perkongsian ilmu dapat dikongsi dalam blog muslih yang simple ni.(permulaan lo katekan..). x pandai lagi...muslih kene banyak explor le. Macam kite hidup kat dunia ni gak...kene pandai explor(betul ke eja ni..bantai je lo..janji paham kan??? hehe). kene pandai explor cari benda2 yang elok n diredai o Allah tu yang penting...betul x??. tepuk dada tanya iman.. k lah, ni je lo...panjang2 tulih kang ngarut je..hehe