Nama-nama yang takkan kulupakan..

Hari ini, aku ingin memikirkan tentang diri sendiri..

Menilai kembali, dalam diri dan hati, akan insan-insan yang namanya tertulis di dalam buku kehidupanku..

Nama-nama yang kini sudah lama tidak kuhubungi dan juga nama-nama mereka yang dekat dihatiku apabila aku aku memerlukan..

Aku ingin membuka setiap lembaran buku kehidupanku dan mengingati nama-nama yang penting di zaman kanak-kanak, zaman remajaku dan juga mereka yang kini sudah lama tidak ku temui dan juga mereka yang ku temui semenjak terbit matahari hinggalah terbenamnya matahari..

Nama-nama mereka yang sentiasa disampingku di masa sukarku dan juga insan yang turut berkongsi kegembiraan bersamaku..

Nama-nama yang telahku lukai dan mereka yang banyak mengalirkan airmataku..

Mereka yang banyak memberiku pengajaran dan mungkin yang pernah mengambil pengajaran dariku..

Nama-nama insan yang kini adalah sebahagian dari kewujudanku..

Mereka yang sudah tidak lagi wujud di alam nyata, namun sentiasa ada di dalam setiap doaku, dan juga nama-nama yang hadir dalam kehidupanku untuk hanya sementara waktu dan kini telah meneruskan perjalanan mereka yang kini namanya terukir di hatiku...

Aku sangat hargai insan-insan yang pernah menemaniku di saat dukaku dan di saat sepiku..

Insan yang sentiasa memberiku semangat dan menjadi pendengar yang setia di kala aku hilang arah

Persahabatan sejati umpama penyatuan hati-hati, perkongsiaan masa suka dan duka. Persahabatan adalah tentang kebolehan merasai apa yang sahabat kita rasai. Ia tidak punya masa, umur, warna atau jantina. Ia tidak punya sempadan. Ianya adalah tentang sifat kaya hati dalam menerima kelemahan sahabat serta menambahkan kelebihan sahabat..

Sepanjang menyelusuri lembaran kehidupanku ini, aku mengimpikan tiap duri bertukar menjadi hamparan mawar nan indah..

Tiap titisan airmata bertukar menjadi senyuman dan dakapan kasih sayang, serta merubah malam yang gelap pekat kepada cahaya...

Menukar tiap saat yang perit kepada perasaan yang mendamaikan serta sangat menyenangkan...

Aku sangat bersyukur kerana dikau telah mengizinkanku menjadikan dirimu sebahagian daripada kisah kehidupanku dan harapanku moga aku juga begitu dalam kehidupanmu...

Bersahabat adalah suatu rahmat...

Memiliki sahabat adalah suatu kurniaan..

Menjadi sahabatmu serta mempunyai sahabat sepertimu merupakan suatu penghormatan..

Akhir kata maafkanlah setiap ketelanjuran kata dan perbuatan..

Semoga ukhwah yg kita bina akan menjadi satu tenaga kekuatan dalam menyambung perjuangan Rasulullah..

Aku juga bersyukur untuk tiap nama yang terkesan hatiku..

0 Response to "Nama-nama yang takkan kulupakan.."

Post a Comment