PerGilah Duhai Kesedihan

~ Bila Allah menduga Kita~

Salam penuh kerinduan. Sudah lama tangan ni tak menulis sesuatu di BAITULHIKMAH. Bukan

tak nak menulis, tapi hati ni sering terganggu.....terganggu dengan diri sendiri. Tapi biarlah ia

berlalu....Teringat akan bait kata-kata, Adakah kita mampu tersenyum bila ujian datang menyapa

hidup kita. Sudah semestinya kedukaan, kesedihan, kesunggulan dan bermacam-macam "ke" lagi

yang mewarnai hidup kita. Tapi bila kita tahu, besarnya hikmah daripada dugaan itu..pasti hati

menjadi damai dan mampu tersenyum penuh makna. Sedang aku menanti waktu berbuka, aku

terbaca akan sebuah kisah......Sebuah cerita yang mengisahkan seorang wanita yang berkejaya.

Dia dan tiga lagi rakannya dikehendaki meneliti kualiti udara di sebuah jalan di kota yang

berudara sejuk. Dia merasa cukup-cukup tidak selesa dengan tugasan itu kerana dia terpaksa

bekerja di luar waktu pejabat dan harus berada dalam keadaan berjaga selama 24 jam. Dia tidak

boleh tidur sepanjang malam. Jadinya, dia telah melakukan pekerjaan dengan hati yang berat.

Jam baru menunjukkan pukul 11 malam, tapi matanya sudah mula mengantuk. Udara 17 darjah

Celsius sudah cukup membuatkan dirinya untuk pulang ke rumah dan tidur.Dia mula berasa

kesal mengapa mesti dia bertugas seperti itu, sedangkan orang lain boleh tidur nyenyak di

rumah masing-masing.Huh! ini sungguh yangtidak normal dan sangat tidak menyenangkan jiwa.

Beberapa ketika kemudian, dia melihat seorang pak cik tua berumur sekitar 50-60an

berseragam lengkap tanpa jaket mula menyapu jalan. Dia melihat jam ditangan, baru jam 2.30

pagi malah terlalu awal untuk memulakan suatu pekerjaan. Baru pertama kali dia melihat orang

bekerja seawal ini. Jika seawal pagi begini pak cik ini bekerja...pukul berapa dia bangun dan

bersiap-siap untuk pergi bekerja? Lebih-lebih lagi, pak cik itu kelihatan melakukan tugas secara

rutin. Pak cik itu menyapu dan membersihkan sampah di bahu-bahu jalan, memasukkannya ke

dalam tong sampah dan melakukannya dengan bersungguh-sungguh tanpa sedikit pun riak jijik

terbit di mukanya. lama dia memerhatikan pak cik tersebut.Dia mula menghampiri dan

mengajak pak cik itu berbual, sambil membantunya membuang sampah ke dalam tong dan dia

mula mengorek rahsia aktiviti pak cik tersebut setiap hari.

" Pak cik tidur selepas isyak, sekitar jam 9.00 malam." pak cik itu memulakan cerita.

" Kemudian bangun semula seawal jam 1.00 pagi dan pak cik sempat unuk qiamullail, setelah itu

baru pak cik bersiap untuk menyapu jalan. Sebelumnya jika ada makanan di rumah pak cik

makan dahulu dan kalau tidak ada pak cik akan bersarapan teh panas sahaja. Selesai menyapu

dan ke tempat pembuangan sampah, jam 4.00 pagi. Alhamdulillah, masih sempat solat subuh

berjemaah di masjid. Selesai solat di masjid pak cik bentu isteri buat adunan tepung goreng dan

di sebelah petangnya pak cik bentu isteri menjual di sekolah. Alhamdulillah, pak cik masih sihat

walaupun pak cik mengangkat sampah. Mungkin kerana sering cergas bergerak menyapu jalan

setiap hari, maka tidak pernah sakit."

Tanpa disedari, orang yang bertanya mula menangis dan dia mula berasa malu sendiri. Pak cik

itu hidup dalam keadaan sederhana dan tidak pernah mengeluh. Walaupun bekerja mangangkut

sampah, tapi dia mampu menyekolahkan anaknya.

Betapa pak cik itu memiliki kekayaan yang tidak dimiliki oleh orang lainiaitu nikmat kesihatan,

semangat menjaga ibadah yang begitu baik dan jiwa yang tenang serta penuh dengan

kesyukuran..........................
......................................................................................................................................................................

Hati aku, mula terfikir....

betapa aku sering tidak bersyukur akan nikmatnya...

" jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk"
[al-baqarah: 45]