Muka keluar api, aku dan ariff sama

~ kumulakan coretan 'Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Penyayang'' ~


Cutiku pada minggu yang kedua telah membawa aku dan abang beserta anak isterinya ke kuantan.

Abangku antara salah seorang ahli radio amatur. Lantaran itu, kesempatan ini telah menemukan

dia dengan rakan-rakan barunya. Kesannya, kami dapat makan dan jalan-jalan di bandar kuantan.

kami menemukan kedai makan yang sedap-sedap dan 'menjilat pinggan'. Alkisah, ketika makan di

kedai makan di batu 10, kami dihidangkan dengan mee bandung yang cukup-cukup 'menggoda'.

Mana taknya, udangnya besar-besar, ada telur, kuah yang sedap, dan yang paling best mee

bandungnya panas. kesedapan mee bandung menyebabkan aku melupakan bahawa aku tak

tahan pedas. Aku 'bedal' juga mee bandung itu biarpun agak-agak pedas. tengah-tengan aku dan

kakak iparku makan tiba-tiba anak saudara aku berjalan menghampiri ibunya.

"mamaa, mamaa,...mukaa ariff keluar api..."

haha...mahu taknya aku dan abang tergelak besar... muka keluar api. haha...Hish! budak nih....ini

semua gara-gara banyak sangat tengok cerita karton. Sampai dah ''tertipu" dengan karton.

Moralnya, jangan biarkan budak-budak terlalu 'asyik' dengan TV....Emmm, berbalik pada budak

'bertuah' tu,

Muka ariff sangat merah akibat makan mee bandung.....kak long kata, selalunya ariff takkan

habis makan kalau pedas. Tapi mee bandung tu sedap sangat kotnya....sampai licin dia makan.

Ariff dan aku

sememangnya sama..tak tahan pedas...

ya! kami hanya merancang

"Dan telah kami ciptakan manusia dan kami mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya

kepadanya. Kami lebih hampir kepadanya dari urat lehernya sendiri"
surah Al-Qaf: 6



Ya, kami hanya sekadar perancang. Apa yang dirancang hanya sekadar apa yang dirasakan terbaik

buat kami. Namun, kami merangcang, Allah merancang dan perancangan Allah adalah lebih baik.

Mengimbau memori lalu.

Sebermulanya, kami melanjutkan pelajaran selepas SPM di pusat pengajian tinggi yang sama.

Hampir setiap masa dan ketika kami menghabiskan masa bersama. Ditakdirkan Allah kami

mendiami kampung yang sama. Hubungan kami bertambah erat umpama isi dengan kuku.

Jodoh pertemuan, hidup mati, rezeki segalanya telah ditakdirkan. Dia terpaksa mengundurkan

diri dari meneruskan pengajian di tempat kami atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Air

mata menjadi peneman diri aku dan dia. Aku meneruskan pelajaran sementara dia berkemas

untuk pulang. Segala perkara harus diuruskan. Aku terpaksa merelakan pemergian dia. Segala

kata-kata telah kuluahkan kepadanya. Akhirnya perpisahan jua yang terjadi......

Itu memori beberapa tahun yang lalu. kini dia bukan lagi pelajar yang suatu ketika dahulu

terpaksa "melarikan" diri dalam bidang pengajian. Hari ini, Dia begelar pelajar cemerlang

Pahang. Dia antara berpuluh ribu calon yang terpilih. Dikau insan terpilih. Aku

sungguh teruja melihat kejayaannya dalam STPM baru-baru ini. Masih ada peluang buatmu

biarpun dahulu kau terpaksa mengundurkan diri. Allah tak pernah kejam pada

hambanya. kejayaannya sungguh memberi ibrah buat diriku. Bersusah-susah dahulu,

bersenang-senang kemudian. takkan ada kejayaan tanpa pengorbanan. kejayaan yang cukup

membanggakan. Dulu musibah menguji diri, sekarang kenikmatan yang dikau perolehi.

Sungguh!

Allah merancang yang terbaik buat hambanya. Perancangan yang cukup-cukup cantik. Bumi

UIA akan menjadi saksi bermulanya dikau mengorak langkah meneruskan dan menyambung

rantai-rantai perjuangan mengejar ilmu. Ilmu yang harus dicari, dimiliki dan diaplikasi. Semoga

ruang dan peluang digunakan dengan sebaik mungkin.

~ Titipan hamba buat hamba. Allah tak pernah lupakan kita~

# coretan penulis pada sutu petang di pusat jalur lebar Chini

Tangisan Isam meruntun hatiku...


~Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keyakinan serta keindahan tawakal kepadaMu


Dikisahkan ada seorang ahli ibadah Isam b Yusuf. Sangat warak dan khusyuk solatnya. Nmun dia selalu khuatir jika ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada org yang dianggapnya lebih baik ibadahnya demi untuk memperbaiki dirinya. Pada suatu hari Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Asam dan bertanya "Wahai Aba Abdurrahman (nama gelaran Hatim), bagaimana caranya tuan sembahyang? ". Berkata Hatim, "Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin". Bertanya Isam "bagaimana wuduk batin itu?". Hatim pun menjawab, "Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh anggota wuduk dengan air. Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan 7 perkara iaitu taubat, menyesal akan dosa yang telah dilakukan, tidak tergila-gila dengan dunia, tidak mencari dan mengharapkan pujian dari manusia, meninggalkan sifat bermegah-megahan, meninggalkan sifat khianat dan menipu dan meninggalkan sifat dengki". seterusnya Hatim berkata "Kemuadian aku pergi ke masjid, kukemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakang aku. Dan kubayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian Shiratul Mustaqim' dan aku menganggap bahwa solatku kali ini adalah solat yang terakhir bagiku (kerna aku rasa akan mati selepas solat ini), kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa dalam solat aku faham kan maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadduk' aku bertasyahud (tahiyat) dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku solat selama 30 tahun. Maka apabila Isam mendengar menangislah ia sekuat-kuatnya kerna membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim. "