Gegaran apakah ini????

Gegaran apakah ini??????

Tika itu....Seruan azan asar dari surau asy-syafie bergema memenuhi kampus afzan dengan

kelunakan suara bilalnya..sungguh menenangkan hati insan yang mendengarnya...lagi2 petang

itu 'kepala pusing' menghadap labtop untuk jangka waktu yang lama..gara2 menelaah nota-nota

sains yang memerlukan penumpuan yang seoptimum mungkin..emm, tulah antara usha dan

jalan y

dilakukan tuk menghadapi peperiksaan minggu depan. Moga Allah permudahkan segala

urusan..Pergantungan hati dan jiwa hanya padaNya...

Tika sedang asyik berfikir akan sesuatu, tiba2...

block kediaman aku mengalami gegaran...entah berapa skala ritcher..tak tahu la..sungguh

mengejutkan.

Tambahan pula petang itu, semua student sedang asyik menghadap nota..siapalah y membuat

onar di sebalik gegaran itu...aku langkahkan kaki keluar..sungguh mengejutkan,

gegaran makin kuat.ramai penghuni block yang turut sama keluar melihat..ade y hanya

mengintai dari tingkap dan ada yang keluar menjenguk...

bunyi bising sorakan suara ditambah dengan derapan tapak kaki yang menggegarkan block

cukup2 menguji kesabaran hati..sungguh merimaskan..gegaran ni mesti dihentikan!

lantas kerana gegaran makin kuat ditambah pula tiada tanda2 untuk berhenti..lantas terdengar

jeritan suara yang sangat kuat..

'hooooiiiii!!! tak reti nak diam ke!!!buat bising je...'

huh! sungguh kuat...terasa macam anak tekak senior tuk berlari menuju k gegendang

telinga...terus merempuh gegendang telinga

mendengarkan suara y nyaring..maka insan2 yang menggegarkan block terus menerus berhenti

membuat onar...

syukur alhamdulillah...terasa damai jiwa nie...

"hormatilah insan lain jika inginkan diri anda dihormati"


Bercinta dalam CINTA, Musuh Vs Sahabat

~ MenYentuH hatI mencapai Redha Ilahi~

" Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta-merta akan menjadi seolah-olah seorang rakan karib."
Surah Fussilat: 34

Menjadi sahabat y baik, hati x boleh sejemput...hati harus sebanyak tepung y digunakan untuk

buat jemput2 ye...bukan hanya hati sebesar satu jemput je tapi biarlah banyak jemput2....Maka

apabila berlaku

perselisihan....tolaklah permusuhan yang bermukim di hati dengan cara:

1: maafkan tanpa mengira pihak mana yang benar @ salah

2: jika tak mampu memaafkan, cepat berlalu dan diam, tanpa membalas

3: kenangkan detik2 manis @kebaikan yang pernah dilalui bersama dengan 'musuh' kita

4: muhasabah hubungan kita dng Allah. Mungkin Allah mendidik kita melalui kerenah manusia...

5: Sedarlah, kita hanya hamba, penuh kekurangan dan kesalahan.kita layak disakiti, disalah tafsir dan sebagainya

Ingatlah.....

"Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan...
Bukan pada manisnya ucapan dibibir...
tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya"

~imam al-ghazali~