pencarian setitis ilmu

kumulakan madah tintaku dengan lafaz bismillah, agar tinta ini bukan suatu nukilan kosong tapi mampu diambil "ibrah"

rentetan perjalanan hidupku di bumi afzan menemukan aku pada sahabat y sangat gemar menghabiskan masa terluang dengan menadah buku2 yang mampu membina tarbiah diri. Asbab pentarbiahan diriku juga bermula dengan penemuan aku terhadap setitis ilmu karya zaid akhtar..
cukup mudah untuk difahami bait2 kata-kata yang dilontarkan dalam penulisan bukunya.

karyanya berkaitan seorang wanita yang cukup tabah menghadapi dugaan hidup dibumi yang begitu asing namun masih dapat mencapai kejayaan...hidup diuji dengan kematian ayah tercinta beserta dengan kegagalan dalam ujian peperiksaannya..sumayyah masih mampu meneruskan hidup atas takdir yang ditakbir oleh Allah...cukup menyayat hati...kepulangan dari jordan untuk bertemu ayah tercinta tidak kesampaian, hanya al-fatihah yang menjadi kiriman buat insan tercinta..hidup tetap diteruskan..

"jangan nama sahaja sumayyah, tapi tak sekuat dan sehebat sumayyah"

ayat yang sering dihulurkan oleh arwah ayahnya tatkala dirinya dirundung dengan masalah..kentalnya jiwa sumayyah.Ujian allah itu hanya sebagai penguat buat dirinya, dia bangkit meneruskan pengembaraan ke bumi jordan untuk mengemis ilmu..'kegagalan adalah pemangkin kejayaan yang akhbar' sering disematkan dalam jiwanya..takdir Allah menemukannya dengan seorang lelaki yang soleh yang seterusnya menjadikan hidup sumayyah terus disinari cahaya rahmat ilahi........ujian adalah tarbiah dari Allah....

Ingin sekali aku menjadi seperti insan ini,walaupun ujian sering bertamu namun masih mampu memikulnya dengan sabar dan redha...


"jangan nama saja hakimah, tapi x boleh nak jadi hakimah"



p/s: bacalah, moga mendapat manfaat buat diri sendiri dan orang sekeliling


Menyusahkan dibalas Menyenangkan

Dengan nama Allah yang maha pengasih, maha penyayang...

"dan kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik)kepada kedua orang tuanya. ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-ku dan kepada kedua orang tuamu. hanya kepada Aku kembalimu".

Kasih sayang ibubapa sememangnya tiada tolok bandingnya..umpama air laut yang tenang dan sentiasa mengalir...sesekali ombak pasti mengganas, namun hanya sementara dan akan kembali tenang dan damai..begitulah kasih ibu bapa..ada ketika marah merajai diri mereka namun kembali reda..dan kemarahan mereka itu dibawa angin lalu...pergi dan berlalu...

Saat dan ketika ini...menggelatar tanganku menaip postkani ni...mana mungkin aku mampu melupakan...diriku sering menyusahkan mak dan ayahku...dari kecil sampai dah berumur 20 tahun... tidak pernah aku dengar istilah "menyusahkan " dalam kamus hidup orang yang aku sayangi ini.. mereka sentiasa menyenangkan aku...

hari ini sahaja, mereka sanggup menghantar barang2ku ke afzan dengan senang hati walaupun sudah banyak kali aku membuat panggilan kerumah memesan membawa barang itu dan ini...mak dengan mudah kata ok!

tiba di afzan aku pula mengajak ke bandar mengambil duit...namun sebaliknya yang terjadi..sesampai aku dan mereka ke bandar baru lipis...mesin ATM rosak...abah dengan mudah menghulurkan duit kepada aku...oh mudahnya abah menghulurkan wang kepadaku....tak tergamak rasa hati aku nak mengambil duit tu..namun memikirkan kami terpaksa ke bandar lama melalui jalan yang banyak kereta dan semestinya merimaskan aku dan mereka, aku ambil juga..

Abah dalam keadaan yang belum makan dari pagi..sanggup menemani aku ke bandar..betapa mereka mengasihi aku...masa kat 'bandar baru' tulah mereka berdua makan..parasaan sayu menyelubungi diri tatkala mereka menanyakan kenapa aku x nak makan...biarlah mereka makan...belum habih takat tu lagi..aku singgah ke ACTIVE nak beli kertas...aku masuk dalam dan keluar dengan cepat tanpa mak dan abah..seusai aku melagkah keluar dari ACTIVE aku nampak abah dan mak dah berjalan nak masuk ACTIVE.. mereka membelikan aku sedikit bekalan makanan..Ya Allah....

belum pun lagi aku menggunakan duti yang mereka bagi, mereka membelikan lagi aku makanan...betapa banyaknya mereka menghabiskan duit tuk aku...

Sedar atau tidak, mereka sering menyenangkan aku sedangkan aku selalu menyusahkan mereka...sering terlanjur kata2...tetapi tetap 'diberi'dan 'diberi'..

Begitulah kasih sayang Allah kepada hambanya...sering menderhakainya namun masih tetap diberi....Alah tetap sayang tanpa meninggalkan kita walau sesaat..tetap memberi nikmat walaupun ada yang kufur...

"Ya Allah, kasihilah kedua orang tuaku sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi hamba ini..sejak kecil hingga kini"

Semoga Allah merahmati kalian!

Perlunya kepada Allah...

Dengan nama Allah yang maha pengasih, maha penyayang.....

Kasih Allah sentiasa mendahului kemurkaannya. Ujian yang ditimpakan sering menyebabkan hati2 mempersoalkan kasih sayang Allah kepada hambanya..tapi sedarkah kita? kita hanya 'hamba'. mana mungkin seorang hamba layak mempertikaikan perihal tuannya...layakkah kita mempersoalkan???? tepuk dada tanya iman.....

Hampir2 seminggu aku diserbu 'dilema' kesihatan. Baru sedikit ujian yang ditimpa buat diriku. Aku gagahkan diri menelusuri perjalanan kembara dalam keadaan diri yang sering lemah. hari2 pada waktunya aku 'wajib' makan ubat yang sememangnya membuatkan tekakku loya...mana mungkin aku mampu makan ubat yang begitu banyak dan ditambah pula besar2..

Telan sebiji...berhenti 2,3 minit. sekali makan 1@ 2 biji...sehari kene makan 15biji (maunya x loya...)...itu belum tambah lagi dengan ubat batuk yang pahit. Ditambah lagi dengan ubat kumur yang berangin...seingat aku, x pernah sekalipun langkah pulangku dari klinik@ hospital dengan tangan kosong..pasti berisi...kalu isinya satu dua pil xpe..ni...tak..3, 4 jenis ubat...cukup tuk jadi 'makanan' tengah hariku..


"Maka ingatlah kepadaku, aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaku, dan janganlah kamu ingkar kepadaku"

(Surah Al-baqarah 152)

"Wahai orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat.Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar"

(Surah Al-baqarah 153)

Namun, sesusah mana sekalipun... pergantungan aku pastinya pada Allah..betapa perlunya aku padaNya....ibarat orang buta yang memerlukan tongkat memandu perjalanannya..begitulah aku.. terlalu lama aku mengecapi sihat, tiba masanya sakit bertandang...sudah lama nikmat melimpahi diri..sudah pasti musibah bertamu...menguji keimanan diri...mengukuhkan kepatuhan kepada Pencipta teragung......


"ujian tarbiah diri"




Apa beza Bertunang dan Bercouple

Dengan nama Allah yang maha pengasih, maha penyayang.....

Tatkala aku menghabiskan masa petangku bersama rakan2 mengelilingi institut, tiba2 seorang akak mengajukan persoalan yang bagiku agar sukar dijawab dalam keadaan orang y bersama denganku juga 'bermasalah' yang sama.

Mana mungkin aku mampu melarikan diri dari soalan cepu emas tu.

'ape pandangan pasai couple'

kalu ikutkan ati ni, nak je jawab straight 2 the point..."haram"...tapi hebat sangatkah aku untuk memberi terus hukum tu...jadi, aku mengambil pendekatan diam terlebih dulu..

akak tu bukan main beri masa pada aku untuk memberi pandangan "teka-teki" itu.

nilah antara statement jawapan aku:

"matlamat tak menghalalkan cara..sekalipun matlamat mereka(bukan aku) nak berkahwin dengan pasangan couple mereka, cara mereka tuk menuju kepada perkahwinan tu dah salah..haram...sebagai contoh...untuk mendapat ikatan yang sah disisi Allah mereka harus menjaga batas..apa batasnya?? batasnya, mana boleh keluar berdua-duaan, bersentuhan...dan tutttttttttt....halalkah matlamat mereka tuk menuju perkahwinan???...ha! jawab!!"

nilah sepatutnya jawapan yang aku nak kasi kat akak tu..tapi hanya separuh ayat je...dibimbangi insan2 yang berhampiran denagnku tersinggung...aku nak menegur dengan keadaan berhikmah...x nak hentam kromo je..."main pakai tibai je..."


tu berkenaan petang tadi...malam tadi aku ditujukan pula soalan khas..bukan setakat cepu emas...perak,gangsa,tembaga semenye masuk sekali...

syukran tiey...persoalan yang membina...

pada mulanya aku menyangkal persamaan couple dan bertunang...namun last sekali aku sendiri terjerat dalam jawapan aku...haha...

tapi setelah difikir dengan penuh "hakimah" denagn bantuan Allah... dapat la aku jawapan yang sepatutnya...

"buat insan yang bercouple...ada bezanya antara couple n bertunang yerk...kalu kita perhatikan..bertunang memang lum pasti..couple pun lum pasti...kalu x pasti kenapa nak bertunang??? doh pe bezanya??? banyak lak persoalannya...kalu kita kata bertunang boleh kita mengenali dengan lebih dalammmm...couple pun leh kenal dengan lebih mendalam....????


Disinilah kita harus ingat...cauple2 sekalian!!!
contoh yang paling ketara...kalu kita...ops..'mereka' bercouple...mak ayah mereka masih boleh mencalonkan org lain tuk mereka...tetapi...kalu mereka doh bertunang mana mungkin mak ayah mencarikan tunang ke-2..kecuali diputuskan...org lain x boleh meminang atas pinangan yang lain...umpamanya..kalu kamu doh beli laptob ...mana boleh org lain beli labtob yang kamu beli...walaupun kamu belum bayar,tapi kamu doh pegang ngan kuat n baru nak hulurkan wang..tak gitu..."

rasanye ..cukuplah jawapan tu...

p/s: penulisan dan jawapan hanyalah pandangan penulis......

Kerdilnya aku besarnya Allah

Syukur atas segala nikmat dan musibah yang telah diberikan kepadaku. Saat aku bertarung

dengan demam yang sememangnya menarik sebahagian dari tenagaku, masih ada tangan2 yang

menghulurkan bantuan meringankan "kesakitan" yang dialami.

Aku bangun dari tidur, penadol dan satu peket milo dah tersedia buat ak, walaupun ak menolak

sebelum ni.. penolakan aku menyebabkan telinga aku terus menerima "tazkirah subuh" yang

sememangnya aku sering elakkan ketika dirumah. Rindu pula rasanya pada mak. Saat aku sakit

kepala atau demam, mak mesti jadi "doktor" untukku. mak akan meringankan tangan memicit

kepalaku. Tapi tu semua dah tiada bila aku berada di afzan. Kasih seorang ibu memang luar

biasa.

"Ya Allah, aku menjadi saksi, ibu bapaku telah menunaikan tanggungjawab mereka terhadap aku denagn baik"

kerdilnya aku besarnya kekuasaan Allah, dalam keadaan aku yang tak berdaya, Allah masih

membantu aku dengan menjadikan rakan2 sbagai pembantu. Demam ni adalah ujian buatku.

memang ia menyakit, namun dalam kesakitan ada kemanisan..iaitu kemanisan kasih sayang dan

ukhuwah.perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. " Ujian adalah satu satu

didikan
secara langsung dari Allah"

Moga kesakitan ini akan menjadi penghapus dosaku.


"Apakah manusia mengira, mereka akan dibiarkan barkata: kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji?"

(surah al-Ankabut 29:2)
Justify Full

"Ya Rabbi, hamba redha dengan kesakitan ini, namun...tabahkanlah hatiku agar aku menjadi hamba yang kuat ketaatan kepadamu dan janganlah engkau jauhkan rahmat dak kasihmu daripada aku"

AMIN

Setianya seorang Insan



"Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara, maka perdamaikanlah dua saudara kamu yang bertelagah, dan bertakwalah kamu kepada Allah, moga kamu mendapat rahmat"

(Surah al-hujurat 49: 10)

"Tidak beriman seorang kamu itu melainkan dia mencintai sahabatnya, sebagaimana dia mencintai dirinya"

(riwayat al-hadis)
Ketahuilah sahabatku,
dirimu bak mutiara yang berkilauan,
walaupun jauh di dasar lautan ,
namun masih mampu menyerlahkan cahaya menawan,
Thabat ya ukhti

p/s: Buat teman yang teristimewa (dalam foto).syukran jazilan atas kasih sayang y telah diberikan...."you complete me". sahabat yang baik sentiasa rela membantu temannya dalam kesusahan.Tiada istilah 'menyusahkan' dalam bersahabat