Kerdilnya aku besarnya Allah

Syukur atas segala nikmat dan musibah yang telah diberikan kepadaku. Saat aku bertarung

dengan demam yang sememangnya menarik sebahagian dari tenagaku, masih ada tangan2 yang

menghulurkan bantuan meringankan "kesakitan" yang dialami.

Aku bangun dari tidur, penadol dan satu peket milo dah tersedia buat ak, walaupun ak menolak

sebelum ni.. penolakan aku menyebabkan telinga aku terus menerima "tazkirah subuh" yang

sememangnya aku sering elakkan ketika dirumah. Rindu pula rasanya pada mak. Saat aku sakit

kepala atau demam, mak mesti jadi "doktor" untukku. mak akan meringankan tangan memicit

kepalaku. Tapi tu semua dah tiada bila aku berada di afzan. Kasih seorang ibu memang luar

biasa.

"Ya Allah, aku menjadi saksi, ibu bapaku telah menunaikan tanggungjawab mereka terhadap aku denagn baik"

kerdilnya aku besarnya kekuasaan Allah, dalam keadaan aku yang tak berdaya, Allah masih

membantu aku dengan menjadikan rakan2 sbagai pembantu. Demam ni adalah ujian buatku.

memang ia menyakit, namun dalam kesakitan ada kemanisan..iaitu kemanisan kasih sayang dan

ukhuwah.perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. " Ujian adalah satu satu

didikan
secara langsung dari Allah"

Moga kesakitan ini akan menjadi penghapus dosaku.


"Apakah manusia mengira, mereka akan dibiarkan barkata: kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji?"

(surah al-Ankabut 29:2)
Justify Full

"Ya Rabbi, hamba redha dengan kesakitan ini, namun...tabahkanlah hatiku agar aku menjadi hamba yang kuat ketaatan kepadamu dan janganlah engkau jauhkan rahmat dak kasihmu daripada aku"

AMIN

0 Response to "Kerdilnya aku besarnya Allah"

Post a Comment