pencarian setitis ilmu

kumulakan madah tintaku dengan lafaz bismillah, agar tinta ini bukan suatu nukilan kosong tapi mampu diambil "ibrah"

rentetan perjalanan hidupku di bumi afzan menemukan aku pada sahabat y sangat gemar menghabiskan masa terluang dengan menadah buku2 yang mampu membina tarbiah diri. Asbab pentarbiahan diriku juga bermula dengan penemuan aku terhadap setitis ilmu karya zaid akhtar..
cukup mudah untuk difahami bait2 kata-kata yang dilontarkan dalam penulisan bukunya.

karyanya berkaitan seorang wanita yang cukup tabah menghadapi dugaan hidup dibumi yang begitu asing namun masih dapat mencapai kejayaan...hidup diuji dengan kematian ayah tercinta beserta dengan kegagalan dalam ujian peperiksaannya..sumayyah masih mampu meneruskan hidup atas takdir yang ditakbir oleh Allah...cukup menyayat hati...kepulangan dari jordan untuk bertemu ayah tercinta tidak kesampaian, hanya al-fatihah yang menjadi kiriman buat insan tercinta..hidup tetap diteruskan..

"jangan nama sahaja sumayyah, tapi tak sekuat dan sehebat sumayyah"

ayat yang sering dihulurkan oleh arwah ayahnya tatkala dirinya dirundung dengan masalah..kentalnya jiwa sumayyah.Ujian allah itu hanya sebagai penguat buat dirinya, dia bangkit meneruskan pengembaraan ke bumi jordan untuk mengemis ilmu..'kegagalan adalah pemangkin kejayaan yang akhbar' sering disematkan dalam jiwanya..takdir Allah menemukannya dengan seorang lelaki yang soleh yang seterusnya menjadikan hidup sumayyah terus disinari cahaya rahmat ilahi........ujian adalah tarbiah dari Allah....

Ingin sekali aku menjadi seperti insan ini,walaupun ujian sering bertamu namun masih mampu memikulnya dengan sabar dan redha...


"jangan nama saja hakimah, tapi x boleh nak jadi hakimah"



p/s: bacalah, moga mendapat manfaat buat diri sendiri dan orang sekeliling


0 Response to "pencarian setitis ilmu"

Post a Comment