Menyusahkan dibalas Menyenangkan

Dengan nama Allah yang maha pengasih, maha penyayang...

"dan kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik)kepada kedua orang tuanya. ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-ku dan kepada kedua orang tuamu. hanya kepada Aku kembalimu".

Kasih sayang ibubapa sememangnya tiada tolok bandingnya..umpama air laut yang tenang dan sentiasa mengalir...sesekali ombak pasti mengganas, namun hanya sementara dan akan kembali tenang dan damai..begitulah kasih ibu bapa..ada ketika marah merajai diri mereka namun kembali reda..dan kemarahan mereka itu dibawa angin lalu...pergi dan berlalu...

Saat dan ketika ini...menggelatar tanganku menaip postkani ni...mana mungkin aku mampu melupakan...diriku sering menyusahkan mak dan ayahku...dari kecil sampai dah berumur 20 tahun... tidak pernah aku dengar istilah "menyusahkan " dalam kamus hidup orang yang aku sayangi ini.. mereka sentiasa menyenangkan aku...

hari ini sahaja, mereka sanggup menghantar barang2ku ke afzan dengan senang hati walaupun sudah banyak kali aku membuat panggilan kerumah memesan membawa barang itu dan ini...mak dengan mudah kata ok!

tiba di afzan aku pula mengajak ke bandar mengambil duit...namun sebaliknya yang terjadi..sesampai aku dan mereka ke bandar baru lipis...mesin ATM rosak...abah dengan mudah menghulurkan duit kepada aku...oh mudahnya abah menghulurkan wang kepadaku....tak tergamak rasa hati aku nak mengambil duit tu..namun memikirkan kami terpaksa ke bandar lama melalui jalan yang banyak kereta dan semestinya merimaskan aku dan mereka, aku ambil juga..

Abah dalam keadaan yang belum makan dari pagi..sanggup menemani aku ke bandar..betapa mereka mengasihi aku...masa kat 'bandar baru' tulah mereka berdua makan..parasaan sayu menyelubungi diri tatkala mereka menanyakan kenapa aku x nak makan...biarlah mereka makan...belum habih takat tu lagi..aku singgah ke ACTIVE nak beli kertas...aku masuk dalam dan keluar dengan cepat tanpa mak dan abah..seusai aku melagkah keluar dari ACTIVE aku nampak abah dan mak dah berjalan nak masuk ACTIVE.. mereka membelikan aku sedikit bekalan makanan..Ya Allah....

belum pun lagi aku menggunakan duti yang mereka bagi, mereka membelikan lagi aku makanan...betapa banyaknya mereka menghabiskan duit tuk aku...

Sedar atau tidak, mereka sering menyenangkan aku sedangkan aku selalu menyusahkan mereka...sering terlanjur kata2...tetapi tetap 'diberi'dan 'diberi'..

Begitulah kasih sayang Allah kepada hambanya...sering menderhakainya namun masih tetap diberi....Alah tetap sayang tanpa meninggalkan kita walau sesaat..tetap memberi nikmat walaupun ada yang kufur...

"Ya Allah, kasihilah kedua orang tuaku sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi hamba ini..sejak kecil hingga kini"

Semoga Allah merahmati kalian!

0 Response to "Menyusahkan dibalas Menyenangkan"

Post a Comment