Apa beza Bertunang dan Bercouple

Dengan nama Allah yang maha pengasih, maha penyayang.....

Tatkala aku menghabiskan masa petangku bersama rakan2 mengelilingi institut, tiba2 seorang akak mengajukan persoalan yang bagiku agar sukar dijawab dalam keadaan orang y bersama denganku juga 'bermasalah' yang sama.

Mana mungkin aku mampu melarikan diri dari soalan cepu emas tu.

'ape pandangan pasai couple'

kalu ikutkan ati ni, nak je jawab straight 2 the point..."haram"...tapi hebat sangatkah aku untuk memberi terus hukum tu...jadi, aku mengambil pendekatan diam terlebih dulu..

akak tu bukan main beri masa pada aku untuk memberi pandangan "teka-teki" itu.

nilah antara statement jawapan aku:

"matlamat tak menghalalkan cara..sekalipun matlamat mereka(bukan aku) nak berkahwin dengan pasangan couple mereka, cara mereka tuk menuju kepada perkahwinan tu dah salah..haram...sebagai contoh...untuk mendapat ikatan yang sah disisi Allah mereka harus menjaga batas..apa batasnya?? batasnya, mana boleh keluar berdua-duaan, bersentuhan...dan tutttttttttt....halalkah matlamat mereka tuk menuju perkahwinan???...ha! jawab!!"

nilah sepatutnya jawapan yang aku nak kasi kat akak tu..tapi hanya separuh ayat je...dibimbangi insan2 yang berhampiran denagnku tersinggung...aku nak menegur dengan keadaan berhikmah...x nak hentam kromo je..."main pakai tibai je..."


tu berkenaan petang tadi...malam tadi aku ditujukan pula soalan khas..bukan setakat cepu emas...perak,gangsa,tembaga semenye masuk sekali...

syukran tiey...persoalan yang membina...

pada mulanya aku menyangkal persamaan couple dan bertunang...namun last sekali aku sendiri terjerat dalam jawapan aku...haha...

tapi setelah difikir dengan penuh "hakimah" denagn bantuan Allah... dapat la aku jawapan yang sepatutnya...

"buat insan yang bercouple...ada bezanya antara couple n bertunang yerk...kalu kita perhatikan..bertunang memang lum pasti..couple pun lum pasti...kalu x pasti kenapa nak bertunang??? doh pe bezanya??? banyak lak persoalannya...kalu kita kata bertunang boleh kita mengenali dengan lebih dalammmm...couple pun leh kenal dengan lebih mendalam....????


Disinilah kita harus ingat...cauple2 sekalian!!!
contoh yang paling ketara...kalu kita...ops..'mereka' bercouple...mak ayah mereka masih boleh mencalonkan org lain tuk mereka...tetapi...kalu mereka doh bertunang mana mungkin mak ayah mencarikan tunang ke-2..kecuali diputuskan...org lain x boleh meminang atas pinangan yang lain...umpamanya..kalu kamu doh beli laptob ...mana boleh org lain beli labtob yang kamu beli...walaupun kamu belum bayar,tapi kamu doh pegang ngan kuat n baru nak hulurkan wang..tak gitu..."

rasanye ..cukuplah jawapan tu...

p/s: penulisan dan jawapan hanyalah pandangan penulis......

0 Response to "Apa beza Bertunang dan Bercouple"

Post a Comment