Tangisan Isam meruntun hatiku...


~Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keyakinan serta keindahan tawakal kepadaMu


Dikisahkan ada seorang ahli ibadah Isam b Yusuf. Sangat warak dan khusyuk solatnya. Nmun dia selalu khuatir jika ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada org yang dianggapnya lebih baik ibadahnya demi untuk memperbaiki dirinya. Pada suatu hari Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Asam dan bertanya "Wahai Aba Abdurrahman (nama gelaran Hatim), bagaimana caranya tuan sembahyang? ". Berkata Hatim, "Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin". Bertanya Isam "bagaimana wuduk batin itu?". Hatim pun menjawab, "Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh anggota wuduk dengan air. Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan 7 perkara iaitu taubat, menyesal akan dosa yang telah dilakukan, tidak tergila-gila dengan dunia, tidak mencari dan mengharapkan pujian dari manusia, meninggalkan sifat bermegah-megahan, meninggalkan sifat khianat dan menipu dan meninggalkan sifat dengki". seterusnya Hatim berkata "Kemuadian aku pergi ke masjid, kukemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakang aku. Dan kubayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian Shiratul Mustaqim' dan aku menganggap bahwa solatku kali ini adalah solat yang terakhir bagiku (kerna aku rasa akan mati selepas solat ini), kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa dalam solat aku faham kan maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadduk' aku bertasyahud (tahiyat) dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku solat selama 30 tahun. Maka apabila Isam mendengar menangislah ia sekuat-kuatnya kerna membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim. "

0 Response to "Tangisan Isam meruntun hatiku..."

Post a Comment