ya! kami hanya merancang

"Dan telah kami ciptakan manusia dan kami mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya

kepadanya. Kami lebih hampir kepadanya dari urat lehernya sendiri"
surah Al-Qaf: 6



Ya, kami hanya sekadar perancang. Apa yang dirancang hanya sekadar apa yang dirasakan terbaik

buat kami. Namun, kami merangcang, Allah merancang dan perancangan Allah adalah lebih baik.

Mengimbau memori lalu.

Sebermulanya, kami melanjutkan pelajaran selepas SPM di pusat pengajian tinggi yang sama.

Hampir setiap masa dan ketika kami menghabiskan masa bersama. Ditakdirkan Allah kami

mendiami kampung yang sama. Hubungan kami bertambah erat umpama isi dengan kuku.

Jodoh pertemuan, hidup mati, rezeki segalanya telah ditakdirkan. Dia terpaksa mengundurkan

diri dari meneruskan pengajian di tempat kami atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Air

mata menjadi peneman diri aku dan dia. Aku meneruskan pelajaran sementara dia berkemas

untuk pulang. Segala perkara harus diuruskan. Aku terpaksa merelakan pemergian dia. Segala

kata-kata telah kuluahkan kepadanya. Akhirnya perpisahan jua yang terjadi......

Itu memori beberapa tahun yang lalu. kini dia bukan lagi pelajar yang suatu ketika dahulu

terpaksa "melarikan" diri dalam bidang pengajian. Hari ini, Dia begelar pelajar cemerlang

Pahang. Dia antara berpuluh ribu calon yang terpilih. Dikau insan terpilih. Aku

sungguh teruja melihat kejayaannya dalam STPM baru-baru ini. Masih ada peluang buatmu

biarpun dahulu kau terpaksa mengundurkan diri. Allah tak pernah kejam pada

hambanya. kejayaannya sungguh memberi ibrah buat diriku. Bersusah-susah dahulu,

bersenang-senang kemudian. takkan ada kejayaan tanpa pengorbanan. kejayaan yang cukup

membanggakan. Dulu musibah menguji diri, sekarang kenikmatan yang dikau perolehi.

Sungguh!

Allah merancang yang terbaik buat hambanya. Perancangan yang cukup-cukup cantik. Bumi

UIA akan menjadi saksi bermulanya dikau mengorak langkah meneruskan dan menyambung

rantai-rantai perjuangan mengejar ilmu. Ilmu yang harus dicari, dimiliki dan diaplikasi. Semoga

ruang dan peluang digunakan dengan sebaik mungkin.

~ Titipan hamba buat hamba. Allah tak pernah lupakan kita~

# coretan penulis pada sutu petang di pusat jalur lebar Chini

0 Response to "ya! kami hanya merancang"

Post a Comment