TITIPAN SEORANG MUSLIH


Nama-nama yang takkan kulupakan..

Hari ini, aku ingin memikirkan tentang diri sendiri..

Menilai kembali, dalam diri dan hati, akan insan-insan yang namanya tertulis di dalam buku

kehidupanku..

Nama-nama yang kini sudah lama tidak kuhubungi dan juga nama-nama mereka yang dekat

dihatiku apabila aku memerlukan..

Aku ingin membuka setiap lembaran buku kehidupanku dan mengingati nama-nama yang penting

di zaman kanak-kanak, zaman remajaku dan juga mereka yang kini sudah lama tidak ku temui dan

juga mereka yang ku temui semenjak terbit matahari hinggalah terbenamnya matahari..

Nama-nama mereka yang sentiasa disampingku di masa sukarku dan juga insan yang turut

berkongsi kegembiraan bersamaku..

Nama-nama yang telahku lukai dan mereka yang banyak mengalirkan airmataku..

Mereka yang banyak memberiku pengajaran dan mungkin yang pernah mengambil pengajaran

dariku..

Nama-nama insan yang kini adalah sebahagian dari kewujudanku..

Mereka yang sudah tidak lagi wujud di alam nyata, namun sentiasa ada di dalam setiap doaku,

dan juga nama-nama yang hadir dalam kehidupanku untuk hanya sementara waktu dan kini telah

meneruskan perjalanan mereka yang kini namanya terukir di hatiku...

Aku sangat hargai insan-insan yang pernah menemaniku di saat dukaku dan di saat sepiku..

Insan yang sentiasa memberiku semangat dan menjadi pendengar yang setia di kala aku hilang

arah…..

Persahabatan sejati umpama penyatuan hati-hati, perkongsiaan masa suka dan duka.

Persahabatan adalah tentang kebolehan merasai apa yang sahabat kita rasai. Ia tidak punya

masa, umur, warna atau jantina. Ia tidak punya sempadan. Ianya adalah tentang sifat kaya hati

dalam menerima kelemahan sahabat serta menambahkan kelebihan sahabat..

Sepanjang menyelusuri lembaran kehidupanku ini, aku mengimpikan tiap duri bertukar menjadi

hamparan mawar nan indah..

Tiap titisan airmata bertukar menjadi senyuman dan dakapan kasih sayang, serta merubah malam

yang gelap pekat kepada cahaya...

Menukar tiap saat yang perit kepada perasaan yang mendamaikan serta sangat menyenangkan...

Aku sangat bersyukur kerana dikau telah mengizinkanku menjadikan dirimu sebahagian

daripada kisah kehidupanku dan harapanku moga aku juga begitu dalam kehidupanmu...

Bersahabat adalah suatu rahmat...

Memiliki sahabat adalah suatu kurniaan..

Menjadi sahabatmu serta mempunyai sahabat sepertimu merupakan suatu penghormatan..

0 Response to "TITIPAN SEORANG MUSLIH"

Post a Comment