SEORANG SUDAH MAMPU……

Apabila anda menatap kenyataan tinta ini, pastikan anda membaca bersama roh bukan jasad semata-

Mata….

Air mukanya begitu tenang sekali, sedikit pun tidak terkesan dek penderitaan yang pernah

dilaluinya. Seorang ibu muda begitu tabah mengharungi kehidupan rumahtangga walaupun ujian yang

menimpa dirinya bertalu-talu. Tidak tergugat kasih Ibu ini terhadap anak-anaknya walaupun sedikit.

Empat daripada anaknya disahkan sebagai anak-anak istimewa, kecuali anak bongsunya. Anak

sulungnya didapati mempunyai masalah jantung. Sebaik sahaja dilahirkan dia didapati bukan sahaja

mempunyai masalah jantung tetapi juga beberapa masalah kesihatan lain termasuklah masalah usus.


LUAHAN SEORANG IBU :

’walaupun masih bayi, Dia terpaksa menjalani beberapa sesi pembedahan kerana masalah kesihatan

yang dihadapinya. Bayangkan perasaan saya apabila terpaksa berhadapan dengan keadaan tersebut.

Sukar untuk melaluinya, apatah lagi ini merupakan pengalaman pertama saya’

‘Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun begitu terasa getir dugaan yang

dilalui. Tambah lagi, selain usus dan jantung, Dia juga mengalami masalah paru-paru, buah pinggang dan

saluran kencing. Dari masa ke semasa pemantauan kesihatan perlu dibuat dan Dia perlu dijaga sebaik

mungkin.’

Kini anak tersebut sudah berusia lapan tahun, dan biarpun kesihatannya semakin baik, tahap

kesihatannya tetap perlu dipantau.

Dalam pada memantau kesihatan si anak sulung, si ibu disahkan hamil. Akhirnya Ibu tersebut

dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. Kalimah Syukur dipanjatkan kepada Allah sebanyak-

banyaknya kerana anak tersebut dilahirkan normal dan sihat. Sejak dilahirkan anak comel tersebut agak

lasak dan ibunya merasakan itu sebagai perkara biasa bagi seorang kanak-kanak.. Tetapi apabila

menjangkau usia dua tahun si ibu dapat merasakan kelainan pada kelakuan si anak. Si anak begitu aktif

dan bertenaga, tidak mahu tidur, sukar memberi tumpuan dan pertuturannya juga tidak sempurna. Hati si

ibu mula tidak senang.

Rupa-rupanya si anak membunyai masalah perkembangan lewat. Si Ibu dengan tenang menerima takdir

dari ilahi. Dia redha akan ketentuan yang diberikan padanya dan suami. Bagi dirinya, anak-anak adalah

anugerah Allah yang tidak ternilai.

Allah maha berkuasa, tanpa disangka dia hamil lagi anak ketiga.

Bagai jatuh ditimpa tangga, anaknya yang ketiga yang masih kecil diserang demam panas dan diserang

sawan akibat panas yang melampau.


KENYATAAN SI IBU :

‘hati saya semakin tidak keruan. Bimbang dengan keadaan si anak yang ditahan di wad selama 10 hari

akibat demam panas. Mujurlah dia semakin sihat dan kembali pulih. Tapi ia hanya sementara, Si anak d

iserang sawan sekali lagi pada umur lapan bulan.’

Malangnya, serangan kali ini memberi kesan terhadap pertumbuhan anaknya itu. Tubuh badannya

lembik dan tidak mampu mengangkat kepalanya. Perasaan si ibu tidak mampu diungkapkan lagi ketika

itu. Ketiga-tiganya menghadapi dugaan yang sangat berat. Namun si ibu begitu positif…ungkapan

kalimah Alhamdulillah masih meniti dibibirnya. Dia masih bersyukur kerana Allah menyayangi anak-

anaknya dan dia cukup yakin Allah akan menguji hamba-Nya sesuai dengan kesanggupan mereka untuk

menghadapi. Ibu ini berusaha memberikan yang terbaik buat Anak-anaknya…

MasyaAllah..hebatnya insan bergelar ibu…IBU

….I……B……U………..


HAYATI SEBENTAR CORETAN INI

“Seorang sudah mampu, tetapi ramai belum tentu mampu”.

Ini bukan suatu teka teki yang perlu diselasaikan . Celik mata, cuba fahami reality dunia hari ini

menggunakan naluri (hati). Betapa kadang-kadang segelintir dari kita sering terlupa. Mempunyai bilangan

adik beradik yang ramai sememangnya suatu anugerah kepada sesebuah keluarga. Anugerah juga buat

ibu dah ayah. Maka suatu masa nanti pasti banyak tangan- tangan yang akan menjaga dan membela

masa depan mereka. Tetapi sebaliknya yang terjadi

Hari ini SEORANG ibu mampu menjaga anak yang RAMAI. Hebat bukan?

Tetapi reality yang harus diterima hari ini, anak seramai sepuluh orang pun masih tidak mampu menjaga

dan membela nasib seorang ibu…SEORANG, bukan dua atau tiga atau lebih…Dunia hari ini…

0 Response to "SEORANG SUDAH MAMPU……"

Post a Comment