Manfaat @ benefit yang terkadang dilupakan

Pernah dengar perkataan CUCUMIS SATIVUS?

Thakwa?

Cetriolo?

Kheera?

Anda menggeleng?...Bagus!!!!

Anda boleh terus menelusuri pengembaraan jejak kasih ini.

Kalau istilah diatas anda menggeleng.Pasti istilah ini anda akan menganggukkan kepala dan tersenyum…

“TIMUN”

Orang kampung HAMBA menggelarkannya sebagai cucumber. (Biasalah aku kan di besarkan di eropah!

hehe)

Ramai antara kita yang sering memandang enteng (bukan permainan teng-teng ye!) persoalan sayuran

ini. Ada sesetengah daripada kita yang langsung tidak menyentuh sayur-sayuran ketika menjamu selera.

Kalau anda tidak makan sayur hijau yang lain, ayuh! Di tahun baru (bulan islam, jangan kata aku salah

pulak…hehe) ini, mari mengorak langkah dengan

makan sayuran ini! TIMUN.

TOIYIB!

Semua sudah bersedia…one, two…go!! (tembakan pun dilepaskan)

Mari kita terokai anugerah ilahi ini…

Sebenarnya………… dragon ball ada 7 biji semuanya…hua

Okey2..nie syieyes…

Isi timun yang bewarna putih itu sebenarnya mengandungi jumlah air atau kandungan air yang sangat

banyak. Bukan itu sahaja, kulit timun mengandungi serat yang sangat sesuai digunakan sebagai makanan

untuk mencuci tubuh..Ha! “mencuci tubuh”

Dikatakan jika seseorang kerap memakan timun boleh membantu tubuh membuang bahan buangan

dengan secara semulajadi melalui kesan diuretic dan laksatif..Jadinya, ia sekali gus meransang kesihatan

dan menyelahkan kesihatan kulit. (So, wahai muslimat especially…bolehla cuba ye!)

Bukan itu sahaja, kehadiran asid caffeic di dalam isi putihnya boleh membantu melegakan kulit yang

mengalami masalah kemerahan dan keradangan. Gabungan sifat hidrasi dan khasiat semula jadi,

menjadikan timun sesuai sebagai makanan “PENURUN BERAT BADAN”

Vitamin dan mineral di dalam timun menjadikannya sebagai makanan atau sayuran yang hebat!

Isi timun yang kaya dengan vitamin C mampu meransang regenerasi (pertumbuhan) semula sel,

kesihatan imun dan bertindak sebagai antioksida yang bagus.

Mantooop!!

Berbalik pada kulit timun, ia mengandungi sejumlah pati mineral seperti kalium yang baik untuk

seimbangkan garam dalam tubuh, mambantu mengawal tekanan darah tinggi dan menjadi penyokong

kesihatan jantung. Timun turut mengandungi vitamin A

Apa pentingnya vitamin A. (Recall balik subject sains yang anda belajar dulu)

Sememangnya vitamin A baik untuk kesihatan mata.

Tetapi AWAS!

Zat dan khasiat timun hanya akan boleh diperolehi jika dimakan tanpa menbuangkan kulit.

So, jangan gatal tangan mengbuang kulitnya ye..(Pesanan dari penaja!)

SUBHANALLAH!!!!

Sudah terang, jelas (tidak perlu lagi menggunakan lampu suluh)

Akan kelebihan dan manfaat timun. Setiap ciptaan Allah pasti ada “benefit”nya.

Sebenarnya! Masih banyak lagi kelebihan timun yang masih belum dicoretkan..maklumat lanjut boleh

di”search” di internet (rajin-rajinkalah mencari maklumat).

0 Response to "Manfaat @ benefit yang terkadang dilupakan"

Post a Comment