Erti sebuah kasih

" Besederhanalah dalam menyayangi dan besederhanalah dalam membenci"

Subuh sudah menjelang tiba. Lalu kakinya melangkah laju ingin meningggalkan kamar, dia sudah

berjanji untuk bertemu adik-adik selepas subuh. tetapi langkahnya terpaksa dihentikan lantaran

panggilan temannya. Air mata sahabatnya sudah bercucuran diwajah. Niat dihati untuk segera

menemui adik-adik terpaksa ditangguhkan, lantaran memenuhi hasrat sahabat ini...satu persatu

cerita dibuka untuk merungkai rahsia hati....Dirinya terkedu...inikah erti sebuah kasih...begitu

mudah untuk dicemari.....

Baik! stop kat situ, Erti sebuah kasih!.....

Begitu mudah hati seorang wanita disentuh, gara-gara kerana cinta...ya! itu fitrah..namun

kerana

terlalu taksub dengan cinta, fitrah menjadi fitnah. Sedih hati ni tak terkata, bila ada hati-hati

mengadu diri tak dihargai, putus kasih dan banyak lagi..aku sedih bukan kerana melihat dirinya

yang kecewa. Tetapi sedih kerana dia menangisi insan yang tak sepatutnya. Mengapa tidak

mengasihi yang kekal. tidak pernah meninggalkan saat duka, lara merajai diri.

"hah! kimah memang mudah menyatakan, teori semata-mata tu..hati-hati kami yang merasai..praktikalnya, kami dah rasai...kimah tak rasa..."

Adoish!...memang la aku tak pernah rasa seberat tu...sebab tu aku tak nak memulakan. Ni la

kesudahannya..kecewa dan dikecewakan..

Namun bersyukurlah, putus cinta anta dia dan kamu memberikan beribu juta lemon

ibrah..Pernah tak adinda-adinda yang kukasihi fikir..ini antara cara Allah nak bagi hidayah pada

hati-hati hambanya. Allah taknak kita terus menuju kehancuran. Bayangkanlah, kalu dan

berkasih, kita pasti membazirkan banyak benda..masa, duit nak beli hadiah, duit top up. Dah la

tu, kena jaga hati uda dan dara. Sungguh memenatkan! Nak tambah lagi, kita kadang-kadang

lebih mementingkan si Dia dari Abah dan mak.

Maka, layakkah kita nak menangisi pemergian si Dia. Seharusnya adinda-adinda bersyukur.

Andalah insan yang paling beruntung kerana memenangi cabutan bertuah dari Allah..Harus

menangis lagikah?? Bernah tak kita tengok, orang yang menang hamper, menangis bagai orang

gila? dia pasti tersenyum bangga..Aku menangggggggggg!!! hampir seluruh dunia dia ingin

khabarkan

Betapa Allah kasih pada kita.Kasih Allah melebihi penyayangnya seorang ibu. Hebatnya Allah,

kerdilnya kita. Lalu, jangan bazirkan air mata kita yang berbaldi-baldi tu...simpan takungan air

mata kita untuk Allah..hamburkan sehabis baik pada Allah..luahkan segala rasa buatNya..

"Hati-hati manusia Allah yang pegang"

Bilamana Allah menguji kita, ambillah ibrahnya. beruntungnya kita bergelar hamba yang mana

kita hamba yang diangkat "darjatnya"

p/s: Setiap kata-kata bakal diuji. Kata-kata aku bakal uji oleh Allah..



0 Response to "Erti sebuah kasih"

Post a Comment