Awas!!! pandang kaki kita

~ SeGaLaNyA DaTaNg dAriNya... PerTeGuhKaN iMan, MaNtaPkaN AkiDah~

Kaki owh kaki....

awas! pandanglah kaki kita... sudah menjadi kebiasaan, kita akan

dengar..."jangan pandang belakang" namun ketika ini...mari kita

sama2 perhatikan kaki kita...cuba pandang elok2...nampak x??? nampak

apa??? kaki kita umpama akar pokok...akar menjadi tunjang kepada

pokok..manakala, kaki menjadi tunjang kepada kestabilan kita..tetapi

ketahuilah wahai nisa'....cuba teliti kenyataan ini...

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) S. M. Mohamed Idris berkata


"kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung
ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan".


"kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul"

''Selain itu ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan,''

Menurut beliau, berkasut tumit tinggi selama bertahun-tahun akan menyebabkan tendon Achhilles menjadi pendek hingga menyebabkan sakit tumit.

Tambahnya, memakai kasut tumit tinggi mengubah cara jalan seseorang dengan mengenakan pusat graviti ke atas bebola kaki dan meletakkan tekanan berlebihan sehingga 26 peratus pada lutut iaitu kes biasa osteoprosis.

''Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 peratus manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki.

''Masalah lebih menyakitkan berkaitan pemakaian kasut tumit tinggi ialah neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan,'' katanya.

Jelasnya, ia kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya.

Kecacatan Haglunds juga, katanya, sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan.

''Masalah yang biasa berlaku ialah pergelangan kaki terseliuh kerana sukar mengimbang badan kerana memakai kasut tumit tinggi.

jadi, awas!! pandang kaki kita...selamatkannya sebelum terlambat...

"prevention is better than cure"...







1 Response to "Awas!!! pandang kaki kita"

  1. tintasensei says:
    March 3, 2010 at 3:38 AM

    bagus nyerrr..
    ak suka blog ko..
    bnyak info bleh kutip kat sini..
    tp ingat nak ckap psal aurat kaki tadi.huhuhu. salah tafsiran lah

Post a Comment